Bila ombak merobek pantai
Laut bergelora
Bila pantai menghidu ciuman laut
Angin sepoi sepoi bahasa
Salam rindu sembunyi pergi
Kerana tingginya kau kapalku terombang ambing
Juragan asing terus mencari bintang malam
Angkat sauh!
Turunkan dayung!
Kerana pantai semakin surut
Kilas ke darat hala teropongmu!
Tidak jauh lagi
Cuma beribu batu
Laut bergelora
Bila pantai menghidu ciuman laut
Angin sepoi sepoi bahasa
Salam rindu sembunyi pergi
Kerana tingginya kau kapalku terombang ambing
Juragan asing terus mencari bintang malam
Angkat sauh!
Turunkan dayung!
Kerana pantai semakin surut
Kilas ke darat hala teropongmu!
Tidak jauh lagi
Cuma beribu batu
Robek Puisi
ReplyDeletePemuisi menghayun pandangannya kepada kejadian alam samudera dengan memerhati pola gerakan serta tindakan perubahan oleh agen kuat yang membawa dan mempersembahkan perubahan. Seperti hukum berkait yang mencantum tali ‘ombak dengan laut’, setiap kali agen perubahan melakukan kerja dan tindakannya, maka setiap itu jua kerajaan agen perubahannya menunjuk gagah. Ini besar kemungkinan merujuk kepada sesuatu yang pemuisi renungi sebagai bersifat keangkuhan pemerintahan atau kepimpinan.
Dari teropong kita, pantai adalah subjects sementara ombak adalah pemerintah yang menghantam. Ketika pula yang diperintah mulai asyik dan mengabdi pada sentuhan berahi pemerintah, suatu gambaran yang pemuisi mungkin pernah perhatikan dalam dunia politik rakus yang terlalu banyak ragam romantisnya. Ketika itu pula cuaca hubungan menjadi sayu seronoknya antara rakyat jelata dengan pemerintah. Ini sepertinya win-win semua pihak mendapat bahagian masing masing. Dunia mereka tidak banyak goncangnya.
Dalam suasana yang kelihatan tenang, pemuisi mendapati suatu perselindungan keji mencolek kepercayaan hubungan. Ada plot pengkhianatan di dalam drama yang sedang lancar. Pemuisi boleh menjangka menghidu bau kecoh.
Pemuisi di dalam pengakuan pihak pertama, mulai goyah pegangan dan mencabar rasa hormatnya terhadap pemerintah yang angkuh. Ombak pemerintahan mungkin telah mulai bertindak menyinggung sehingga pemuisi mulai tertekan kedudukan. Dalam suasana baru yang menggoncang dan langit mulai condong, pemuisi sedar bahawa masih ada unsur luar yang memegang erat dan berpaut kepada struktur lama dan gemerlapan adat nenek moyang yang ketinggalan zaman. Akan ada perbalahan arus tamadun di dalam perkembangan baru ini.
Perintah seruan bertolak telah diturunkan oleh pemuisi, yang kini berada di dalam mode baru untuk bertolak pindah arah dan naluri. Pemuisi beralih pandangan dan pendapat, jelas mempamerkan urgency situasi berubah. Masa bertindak telah sampai bagi pemuisi untuk melihat sesuatu yang berlainan perlu dikuatkuasakan.
Pemuisi menyedari bahawa perubahan destructive telah berlaku dan masa semakin suntuk untuk bersenang melengah-lengah di dalam mediocre selamba sambil keadaan memburuk dan jalan menuju bahaya. Arahan ubah pandangan menjadi khusus dan tepat. Arahnya adalah kehidupan yang lebih nyata di mana kehidupan lebih berwarna dan bernyawa. Pemuisi mengingini fokus baru yang lebih padu dan lebih meyakinkan.
Sempat dalam usaha untuk mengubah laluan mata dan tujuan arah, pemuisi menilai perjalanan dan penggembaraan itu sebagai boleh tercapai destinasinya. Segala matlamat dan hasrat adalah di dalam jangkauan tangan.
Penilaian kasar teropong kita melihat pemuisi mungkin meletak harapan terlalu tinggi untuk dikecapi kerana pemuisi mengatakan bahawa jarak sisa perjalanan itu masih jauh. Ini membayangkan bahawa peralihan pandangan pemuisi yang mungkin melihat dirinya sebagai pihak yang tertindas masih panjang cerita untuk sampai ke tujuan mutlak. Sampai atau tidak pemuisi ke darat akan menjadi soalan yang tidak mungkin akan terjawab penuh.
Sigh